Bengkel KH

Bengkel KH merupakan satu tempat yang memberi kemudahan pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan murid. Dengan ini pelajar sekolah dapat menggunakan samua kemudahan yang ada dengan berkesan dan selamat bagi mencapai visi dan misi Kemahiran Hidup SKJJ.

21 February, 2010

Jadual penggunaan bengkel


You might like this

You might like this. It's so hilarious... ..even an Englishman could not construct sentences using numeric, which is exclusive only to Malaysians and Singaporeans.

Ah Lek was asked to make a sentence using 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,10.

Not only did he do it 1 to 10 , he did it again from 10 back to 1. This is what he came up with.....


1 day I go 2 climb a 3 outside a house to peep. But the couple saw me, so I panic and 4 down. The man rushed out and wanted to 5 with me. I ran until I fell 6 and threw up. So I go into 7 -eleven and grabbed some 8 to throw at him. Then I took a 9 and try to stab at him. 10 God he run away.

10 I put the 9 back and pay for the 8 and left 7 -eleven. Next day I called my boss and told him I was 6 . He said 5 , tomorrow also no need to come back 4 work. He also asked me to go climb a 3 and jump down! I don't understand. I am so nice 2 him but I don't know what he 1 .

19 February, 2010

Tanaman Hiasan


Kingdom: PlantaeFilum: AngiospermsOrder: PoalesFamily: PoaceaeSubfamily: ChloridoideaeTribe: CynodonteaeGenus: ZoysiaSpecies: Z. matrella
Warna hijau muda dan kurus. Tumbuh menegak lebih dari tumbuh mendatar oleh itu bersedialah untuk kerja memotong yang lebih banyak. Ia juga lambat tumbuh rapat oleh itu kena banyak bersabar jika anda memilih rumput ini. Rumput ini cantik bila di bela dengan rapi. Ia perlu lebih baja dan kerana ia tumbuh menegak; ia juga perlu lebih kerap dipotong. Ia mempunyai kandungan silika yang lebih dari rumput lain, oleh itu ia juga lebih keras. Zoysia matrella mempunyai ketahanan lindungan yang baik walaupun tidak sebaik Cowgrass. Rumput ini juga lasak utk digunakan di padang bola/golf dan atau taman permainan.

04 February, 2010

AJK PENGURUSAN BENGKEL

Asas Jahitan

A. Mata jahitan asas
Jenis-jenis mata jahitan asas
1. Jahitan sementara.
2. Jahitan penyambung.
3. Jahitan pengemas.
4. Jahitan sulaman.
B. Jahitan sementara
1. Jahitan ini dibuat untuk sementara sahaja dan dibuka selepas mata jahitan kekal dijahit.
2. Benang jelujur adalah lebih lembut, halus, murah dan senang diputuskan.
3. Lebih baik menggunakan benang warna muda supaya :
(a) ia senang kelihatan,
(b) tidak meninggalkan kesan di atas kain sele¬pas ianya dibuka.
4. Jahitan sementara biasanya dijahit dengan satu lembar benang dikecualikan jelujur
tanda.
5. Ia boleh dijahit pada sebelah luar atau sebelah dalam kain dari kanan ke kiri.
6. Jarum yang sesuai ialah jenis yang tajam (sharps) atau antara (between) yang halus.
7. Jahitan sementara terdiri daripada
(a) jelujur tanda,
(b) jelujur kasar atau sama,
(c) jelujur tak sama,
(d) jelujur panjang pendek,
(e) jelujur tegak atau serong.

Kegunaan am jahitan sementara (jelujur)

1. Untuk menandakan kedudukan sesuatu bahagian misalnya kocek, lubang butang dan
lisu.
2. Untuk memindahkan garisan-garisan pola pada kain.
3. Untuk menetapkan kedudukan kelepet, kelim dan lipatan buat sementara.
4. Untuk melekatkan dua atau lebih lapisan kain sebelum dijahit mesin.


Jelujur Tanda

Ada dua cara menjahit jelujur tanda :

Cara ( a )

(i) Dengan dua lembar benang mulakan dengan menjahit satu mata jahitan (2.5 cm) di
atas garis pemadan di dalam lubang pola, kertas.
(ii) Jahit satu lagi mata jahitan pada lubang pola tadi dan tinggalkan gelungan benang
kira¬-kira 2.5 cm.
(iii) Potong benang dengan meninggalkan 2.5 cm benang di hujung.
(iv) Tanggalkan pola kertas, bukakan kedua-dua lapis kain dan potong benang di tengah.

Cara (b)

(i) Dengan dua lembar benang, mula menjahit di atas garis pemadan.
(ii) Terus menjahit mata jahitan yang lain di atas garis pemadan dengan meninggalkan gelungan.

2. Jelujur tanda digunakan untuk memindahkan tanda-tanda atau garisan pola daripada pola ke atas kain.

3. Adalah lebih bersih menggunakan jelujur tanda daripada memindahkan garisan pola dengan kapur tukang atau kertas karbon dan roda surih.
-Jelujur War atau sama

OBJEKTIF

Objektif Unit Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup ialah:
· Memastikan bengkel selamat untuk digunakan.
· Mencetus minda pelajar melalui kaedah pembelajaran berkesan.
· Mewujudkan budaya berani mencuba.
· Melahirkan kesedaran dalam kalangan pelajar akan tanggungjawab, menanam rasa sayang kepada peralatan sendiri dan sekolah.
· Mewujudkan satu pasukan guru yang bertanggung jawab menguruskan bengkel sekolah dengan lancar dan efisien.

RASIONAL

Pengurusan bengkel yang berkesan akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung ia dapat menjamin keselamatan murid dan guru semasa menggunakan bengkel. Semua ini hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan bengkel adalah tersusun kemas dan semua peralatan pertukangan (pertanian, teknikal, jahitan) berada dalam keadaan yang baik dan berkesan. Setiap aktiviti dalam pengurusan bengkel yang cemerlang di sekolah pada semua peringkat harus di laksanakan dengan efisien dan sistematik.

03 February, 2010

PENDAHULUAN

Bengkel Kemahiran Hidup merupakan satu tempat yang memberi kemudahan pengajaran dan pembelajaran kepada mguru dan murid. Dengan ini pelajar sekolah dapat menggunakan semua kemudahan yang ada dengan berkesan dan selamat bagi mencapai visi dan misi Kemahiran Hidup SKJJ.

AsSaLaMuAlaIkUm

Bengkel Kemahiran Hidup merupakan satu tempat yang memberi kemudahan pengajaran dan pembelajaran kepada para guru dan murid. Dengan ini pelajar sekolah dapat menggunakan semua kemudahan yang ada dengan berkesan dan selamat bagi mencapai visi dan misi Kemahiran Hidup SKJJ.

slide show