A. Mata jahitan asas
Jenis-jenis mata jahitan asas
1. Jahitan sementara.
2. Jahitan penyambung.
3. Jahitan pengemas.
4. Jahitan sulaman.
B. Jahitan sementara
1. Jahitan ini dibuat untuk sementara sahaja dan dibuka selepas mata jahitan kekal dijahit.
2. Benang jelujur adalah lebih lembut, halus, murah dan senang diputuskan.
3. Lebih baik menggunakan benang warna muda supaya :
(a) ia senang kelihatan,
(b) tidak meninggalkan kesan di atas kain sele¬pas ianya dibuka.
4. Jahitan sementara biasanya dijahit dengan satu lembar benang dikecualikan jelujur
tanda.
5. Ia boleh dijahit pada sebelah luar atau sebelah dalam kain dari kanan ke kiri.
6. Jarum yang sesuai ialah jenis yang tajam (sharps) atau antara (between) yang halus.
7. Jahitan sementara terdiri daripada
(a) jelujur tanda,
(b) jelujur kasar atau sama,
(c) jelujur tak sama,
(d) jelujur panjang pendek,
(e) jelujur tegak atau serong.
Kegunaan am jahitan sementara (jelujur)
1. Untuk menandakan kedudukan sesuatu bahagian misalnya kocek, lubang butang dan
lisu.
2. Untuk memindahkan garisan-garisan pola pada kain.
3. Untuk menetapkan kedudukan kelepet, kelim dan lipatan buat sementara.
4. Untuk melekatkan dua atau lebih lapisan kain sebelum dijahit mesin.
Jelujur Tanda
Ada dua cara menjahit jelujur tanda :
Cara ( a )
(i) Dengan dua lembar benang mulakan dengan menjahit satu mata jahitan (2.5 cm) di
atas garis pemadan di dalam lubang pola, kertas.
(ii) Jahit satu lagi mata jahitan pada lubang pola tadi dan tinggalkan gelungan benang
kira¬-kira 2.5 cm.
(iii) Potong benang dengan meninggalkan 2.5 cm benang di hujung.
(iv) Tanggalkan pola kertas, bukakan kedua-dua lapis kain dan potong benang di tengah.
Cara (b)
(i) Dengan dua lembar benang, mula menjahit di atas garis pemadan.
(ii) Terus menjahit mata jahitan yang lain di atas garis pemadan dengan meninggalkan gelungan.
2. Jelujur tanda digunakan untuk memindahkan tanda-tanda atau garisan pola daripada pola ke atas kain.
3. Adalah lebih bersih menggunakan jelujur tanda daripada memindahkan garisan pola dengan kapur tukang atau kertas karbon dan roda surih.
-Jelujur War atau sama
Bengkel KH
Bengkel KH merupakan satu tempat yang memberi kemudahan pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan murid. Dengan ini pelajar sekolah dapat menggunakan samua kemudahan yang ada dengan berkesan dan selamat bagi mencapai visi dan misi Kemahiran Hidup SKJJ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AsSaLaMuAlaIkUm
Bengkel Kemahiran Hidup merupakan satu tempat yang memberi kemudahan pengajaran dan pembelajaran kepada para guru dan murid. Dengan ini pelajar sekolah dapat menggunakan semua kemudahan yang ada dengan berkesan dan selamat bagi mencapai visi dan misi Kemahiran Hidup SKJJ.
No comments:
Post a Comment